chatgpt image feb 9, 2026, 04 18 02 pm

TENTANG KAMI PENYEDIA KURSUS

Kami menyediakan Kursus Pengendali Makanan yang diiktiraf dan mematuhi keperluan pihak berkuasa bagi memastikan setiap pengendali makanan memahami aspek kebersihan, keselamatan makanan dan amalan pengendalian yang betul. Kursus ini direka secara ringkas, mudah difahami dan praktikal bagi membantu peserta mendapatkan sijil dengan yakin serta meningkatkan tahap profesionalisme dalam industri makanan.

MISI

Menjadi penyedia kursus pengendali makanan yang unggul dan dipercayai dalam melahirkan pengendali makanan yang berpengetahuan, berdisiplin, dan mengamalkan tahap keselamatan serta kebersihan makanan yang tinggi demi kesejahteraan masyarakat.

VISI

Menyediakan latihan kursus pengendali makanan yang berkualiti, terkini dan mematuhi keperluan pihak berkuasa bagi melahirkan pengendali makanan yang kompeten, berdisiplin dan profesional serta menyokong industri makanan dalam memastikan penyediaan makanan yang selamat, bersih dan berkualiti kepada pengguna.

Kenapa Memilih Kami

Kursus Berkualiti & Diiktiraf

Modul latihan terkini yang mematuhi keperluan pihak berkuasa dan diiktiraf untuk kegunaan industri makanan.

Tenaga Pengajar Berpengalaman

Dikendalikan oleh trainer profesional yang berpengalaman dalam bidang keselamatan dan pengendalian makanan.

Kursus Mudah Difahami

Pendekatan pembelajaran yang ringkas, praktikal dan mudah difahami bagi memastikan peserta benar-benar faham dan boleh terus mengaplikasikan di tempat kerja.

PENDAFTARAN PANTAS & SELAMAT

Kami menyediakan sistem pendaftaran yang mudah digunakan, telus dan dipercayai bagi menjamin keselesaan setiap peserta.

SIJIL RASMI & SAH SEPANJANG HAYAT

Sijil berkualiti tinggi, berlaminasi dan tahan lama. Sah digunakan sepanjang hayat serta diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh Malaysia.

PENGELUARAN & PENGHANTARAN SIJIL

Sijil kursus akan dikeluarkan dalam tempoh 24 hingga 48 jam selepas peserta menamatkan kursus. Sijil asal (original) akan dihantar melalui pos ke alamat yang didaftarkan oleh peserta.

Dapatkan Sijil Anda Segera

Kami sedia membantu anda dari mula pendaftaran, anda hadir kursus dan dapat sijil

Daftar Sini Kursus Online Segera!

X
Scroll to Top